Tarikh 1 Jun 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta 3 orang

 

Tujuan 
Kelas Abacus / Sempoa di jalankan bagi pendedahan kepada pelajar dengan bahan kiraan manual selain daripada penggunaan kalkulator.
   
Aktiviti 

Kelas ini dijalankan untuk 3 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengiraan Sa, Puluh dan Ratus. Pengiraan tambah dan tolak menggunakan Abacus / Sempoa. Selain itu pelajar di uji dengan modul latihan yang disediakan bagi memastikan pelajar faham pembelajaran Abacus yang diberikan. Selain itu pelajar juga diberikan taklimat tentang Keselamatan Internet dan pengenalak kepada Dashboard Komuniti (My Place).

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 31 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 
Kelas Powtoon di jalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta, cara menghasilkan video animasi menggunakan grafik sedia ada supaya menjadi lebih menarik.
   
Aktiviti 

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta. Permulaan kelas, petugas memberi tunjuk ajar tentang penggunaan aplikasi Powtoon. Peserta kemudian diberikan tugasan untuk membuat video animasi yang mempunyai 5 situasi. Setiap situasi itu perlu mempunyai gambar, text, dan audio. Kelas ini boleh menarik minat pelajar dengan kombinasi multimedia yang terkandung di dalam video tersebut. Selain itu kelas ini dapat meningkatkan pemikiran kreatif pelajar. 

Gambar Selanjutnya Disini

 


Tarikh 29 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
Kelas asas Publisher dijalankan bagi menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan flyer menggunakan template sedia ada di dalam Microsoft Office Publisher.
   
Aktiviti 

Kelas Publisher disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini dijalankan pada musim cuti sekolah bertujuan untuk pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah berkenaan ICT. Selepas petugas memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan Publisher, peserta di beri tugasan untuk membuat satu kad jemputan berkenaan majlis yang akan dijalankan pada masa terdekat. Tugasan ini dapat menguji kreativiti mereka dalam penggunaan corak, warna dan hiasan dalam penghasilan kad supaya maklumat yang ingin di berikan sampai dengan jelas kepada penerima.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 30 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 11 orang

 

Tujuan 
Kelas Canva dijalankan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mudah bagi menghasilkan poster menggunakan aplikasi atas talian.
   
Aktiviti 

Canva merupakan aplikasi atas talian bagi merekacipta poster. Kelas penggunaan Canva ini disertai oleh 11 orang ahli Pusat Internet yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah. Mereka diberi tugasan untuk merekacipta satu kad ucapan raya berdasarkan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh petugas. Selain itu peserta juga telah diberikan pendedahan tentang keselamatan Internet (Klik Dengan Bijak) dan aplikasi Dashboard Komuniti. 

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 28 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
Kelas asas Microsoft Office (Power Point) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kelebihan yang terdapat didalam aplikasi tersebut bagi memudahkan dalam membuat sesuatu tugasan.
   
Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dalam lingkungan 8 sehingga 14 tahun. Pada awal kelas, peserta di beri penerangan dan tunjuk ajar cara penggunaan oleh petugas Pusat Internet, kemudian para peserta diberi tugasan untuk membuat carta organisasi kelas masing-masing. Kelas ini boleh menambahkan ilmu peserta dalam penggunaan IT.

Gambar Selanjutnya Disini