Terdapat beberapa pilihan makanan yang menarik di sekitar Taiping yang boleh dikunjungi, antaranya:

 

Bismillah Cendol

 

Bismillah Cendol telah wujud sejak tahun 1993 yang terletak di Jalan Barrack, Taiping menjadi pilihan warga Taiping serta para pelancong yang berkunjung ke Taiping. Gerai ini diusahakan oleh seorang India Muslim dan sentiasa mendapat sambutan ramai, yang rata – rata sangat mengagumi keenakkan cendol di sini.Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah bahan – bahan lain di dalam cendol seperti kacang merah, jagung ataupun pulut.

 Restoran Doli Kuey Teow Goreng

Terletak di hadapan Klinik Kesihatan Jalan Tupai Taiping. Restoran Doli Kuey Teow Goreng dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 12 tengah hari sehigga 11 malam. Selain kuetiau, restorannya turut menyajikan hidangan lain seperti nasi ayam, mi rebus dan goreng, bihun sup dan nasi dalca.

Perniagaan kuetiau goreng yang diusahakan pasangan suami isteri, Abdul Rahim Yaacob dan Masira Elamdin sejak 35 tahun lalu asalnya bermula dengan gerai kecil saja di pasar Larut Matang, sebelum berpindah berdekatan dengan Balai Bomba Taiping dan sekarang sebuah restoran di Jalan Tupai, Taiping.

Taiping Yong Tau Foo

Medan selera ini dinamakan Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang Sarkas, tetapi orang ramai lebih mengenalinya sebagai Medan Selera Belakang Bomba sabab ia terletak betul-betul dibelakang Balai Bomba Taiping. Yong Tau Foo dan ABC boleh kata menjadi menu dan tarikan utama ke sini. Terdapat juga menu lain selain yong tau foo seperti nasi ayam, satey, mee, nasi goreng dan sebagainya.