Tarikh : 20 Julai 2024
Masa : 8.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Hotel Seri Malaysia
Jumlah peserta : 50 orang
Tujuan 

Prpgram yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan LMS dengan kerjasama NADI Muzium Telegraf dan komuniti Kampung Pinang di Hotel Seri Malaysia .Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat ,memberi perkhidmatan khidmat kaunter kerajaan secara bersemuka kepada masyarakat setempat.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memberi ceramah mengenai latarbelakang NADI dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti setempat dan diselitkan dengan beberapa aktiviti kuiz,pertandingan pakaian tradisional dan siaran langsung Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 17 Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

Gambar Disini


 

Tarikh : 06 Julai 2024
Masa : 10.00 am - 11.30 pm
Lokasi : Mini NADI Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 1 orang
Tujuan 

Kelas Gmail & Social Media dibuat untuk memberi peluang kepada komuniti yang baru ingin mendaftar media sosial seperti gmail,facebook,instagram dan lain-lain.

   
Aktiviti 

Aktiviti ini memerlukan pengguna yang belum mendaftar dan tiada akaun media sosial seperti gmail,facebook,instagram,tiktok dan sebagainya untuk membuat dan mewujudkan media sosial mereka untuk berkomunikasi di alam maya.

Gambar Disini


 

Tarikh : 20 Jun 2024
Masa : 10.30 am - 12.00 pm
Lokasi : SK Assam Kumbang
Jumlah Peserta : 200 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada murid-murid Sekolah Rendah Assam Kumbang dan para guru tentang bahaya yang ada di dalam penggunaan internet yang mungkin bakal mereka hadapi di masa akan datang. Taklimat yang disampaikan adalah berkenaan Buli Siber dan Maklumat Palsu.

   
Aktiviti 

Taklimat KDB (Klik Dengan Bijak) diberikan kepada murid dan guru di SK Assam Kumbang murida-murid yang menyertai taklimat tersebut merupakan murid tahap dua yang rata-rata mempunyai media sosial masing- masing. Selain taklimat, kuiz dan soalan-soalan berkenaan juga di berikan kepada para pendengar untuk menguji kefahaman mereka. Video- video berkaitan keselamatan internet juga telah di pamerkan untuk mengambarkan situasi yang berlaku kepada mereka.

Gambar Disini


Tarikh : 30 Jun 2024
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Mini NADI Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 18 orang

 

Tujuan 

Kelas Belajar Mengait dijalankan bertujuan untuk membuka peluang kepada komuniti untuk belajar cara-cara untuk mengait sebagai satu ilmu baru kepada mereka. Disamping itu ilmu mengait ini juga boleh membantu meraka untuk menjana pendapatan di masa akan datang. Hal ini kerana kelas ini mengajar para peserta untuk menghasilkan satu produk hasil daripada mengait, produk itu kemudiam boleh dipasarkan kepada pasaran luar mengikut permintaan.

   
Aktiviti 

Aktiviti bermula pada jam 10 pagi. Guru merupakan seorang usahawan mengait yang menghasilkan pelbagai produk kaitan benang, guru ini banyak berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan perjalanannya berkecimpung dalam bidang mengait ini kepada peserta. Semua peserta mengait menggunakan kit mengait yang telah di sediakan untuk setiap orang. Peserta di ajar jenis-jenis kaitan dan cara melakukannya sehingga menjadi satu bentuk produk.

Gambar Disini


Tarikh : 12 Jun 2024
Masa : 8.00 am - 4.00 pm
Lokasi : Dataran MPT Taiping

 

Tujuan 

Karnival Kita Madani (Pocket Talk) merupakan program yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Daerah Larut Matang & Selama. Selaras dengan saranan kerajaan untuk jabatan kerajaan & agensi swasta mendekati masyarakat setempat bagi menerangkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh jabatan & agensi masing-masing. "Karnival Kita Madani sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA @ Komuniti Madani Parlimen Taiping telah menjemput NADI taiping untuk membuat ucapan & pengisian berkenaan perkhidmatan yang terdapat di NADI.

   
Aktiviti 

Program bermula pada jam 8 pagi dimulai dengan senamrobik kesihatan, di ikuti dengan pembukaan booth-booth pameran oleh Jabatan Kerajaan & Agensi swasta yang terlibat. Sesi Pocket Talk telah dijalankan oleh NADI parlimen Taiping bertujuan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang dijalankan oleh NADI kepada komuniti yang hadir.

Gambar Disini