Tarikh : 29 September 2022
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 20 orang

 

Tujuan 

Mendekatkan PEDi Muzium dengan komuniti di samping memberi pendedahan berkenaan teknologi dan keadaan semasa di atas talian. Selain itu PEDi Muzium juga dapat menjalikan hubungan baik dan bekerjasama dengan pihak TM POINT. 

   
Aktiviti 

Booth PEDi Muzium di hari bersama TM POINT berperanan untuk menarik lebih ramai komuniti bagi memperkenalkan fungsi-fungsi yang dijalankan dan kebaikan yang boleh di perolehi komuniti dengan menjadi ahli PEDi. Di booth ini terdapat penerangan mengenai Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my dan banyak lagi. Seramai lebih kurang 20 orang pengunjung telah mengunjungi booth PEDi pada hari tersebut.

Gambar Disini


Tarikh : 21 Ogos 2022
Masa : 3.30 pm - 5.30 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri kanak-kanak.

   
Aktiviti 

Pelajar diminta untuk mencipta satu poster berkenaan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan yang ke 65 tahun yang bakal di sambut pada 31 satu Ogos 2022. Poster kemerdekaan ini direka menggunakan aplikasi power point.

Gambar Disini


Tarikh : 23 Julai 2022
Masa : 10.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 7 orang

 

Tujuan 

Menambahkan kemahiran para usahawan dalam memasarkan jualan mereka ke peringkat yang lebih meluas.

   
Aktiviti 

Kelas dihadiri oleh 7 orang usahawan kecil-kecilan. Setiap usahawan diminta untuk perkenalkan diri dan jualan yang mereka lakukan. Pada sesi ke dua mereka mula di perkenalkan dengan aplikasi jualan atas talian iaitu Shopee. Mereka belajar tentang fungsi asas tentang cara meletakkan produk julan mereka di pasaran atas talian tersebut dan cara untuk mengendalikannya.

Gambar Disini


Tarikh : 13 Ogos 2022
Masa : 3.30 pm - 5.30 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Membei pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dengan permainan berkonsepkan pembelajaran.

   
Aktiviti 

Para pelajar sekolah yang terdiri daripada 4 orang diajar menggunakan website e-earning ABCya. Di website tersebut mereka belajar sambil bermain bagi menarik minat para pelajar dengan kaedah yang baru dari pembelajaran di sekolah.

Gambar Disini


Tarikh : 22 Julai 2022
Masa : 10.00 am - 12.30 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 20 orang

 

Tujuan 

Memberi kempen kesedaran kepada komuniti tentang penjagaan kesihatan diri.

   
Aktiviti 

Program pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Farmasi I Care Taiping memeriksa tahap kesihatan pengunjung seperti tekanan darah, gula, kolestrol dan BMI. Pengunjung juga diberi khidmat nasihat tentang cara penjagaan diri dan pemakanan yang betul untuk kesihatan yang lebih baik. Selain itu sesi KDB juga dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pengunjung berkenaan dengan Cyber dan Internet masa kini. Aktiviti lain juga dijalankan seperti kuiz dan cabutan bertuah bagi menghargai pengunjung yang hadir.

Gambar Disini