Tarikh : 13 September 2023
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pembelajaran kepada peserta yang mengikuti kelas tentang penggunaan Microsoft Word dengan lebih mendalam seperti memasukkn grafik dan menghasilkan jadual menggunakan Word.

   
Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh tiga orang pelajar yang mempunyai kemahiran asas komputer. Para peserta diminta untuk menghasilkan jadual bergambar menggunakan Microsoft Word. Peserta di ajar dengan terperinci cara memasukkan gambar kedalam jadual agar nampak lebih tersusun dan menarik.

Gambar Disini


Tarikh : 20 Ogos 2023
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 12 orang

 

Tujuan 

Taklimat Pengurusan Simpanan diadakan bertujuan untuk membuka mata komuniti yang hadir mengenai manfaat menyimpan emas untuk masa hadapan.

   
Aktiviti 

Taklimat ini disampaikan oleh Authorized Consultant Quantum Metal mengenai simpanan emas digital. Selain daripada itu, para peserta juga di berikan taklimat KDB mengenai penggunaan social media dan teknologi oleh petugas PEDi Muzium Telegraf.

Gambar Disini


Tarikh : 14 Ogos 2023
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada warga emas berkenaan teknologi & ICT bagi memudahkan urusan para peserta selari dengan kepesatan teknologi masa kini.

   
Aktiviti 

Kelas Celik IT & Email ini di sertai oleh dua orang warga emas yang merupakan ahli PEDi Muzium. Peserta di ajar mengenai asas komputer dan cara menghasilkan email menggunakan google mail.

Gambar Disini

 


 

Tarikh : 19-20 Ogos 2023
Lokasi : Hotel Sri Malaysia Taiping
Jumlah peserta : 30 orang

 

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada sukarelawan MIV (Malaysia ICT Volunteer) mengenai peranan para sukarelawan sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti.

   
Aktiviti 

Para petugas PEDi di daerah Larut & Matang mewar-warkan iklan mencari para sukarelawan setempat untuk melibatkan diri didalam MIV. Para sukerelawan kemudian menghadiri taklimat yang di sediakan oleh penganjur MIV selama dua hari di Hotel Sri Warisan Taiping.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh : 30 Julai 2023
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Perkongsian dan coaching tentang Quantum Metal (jualan emas digital) kepada pelabur baru.

   
Aktiviti 

Kelas perkongsian dan coaching yang dijalankan oleh persatuan Quantum Metal kepada ahli baru mengenai emas digital dan cara pelaburan untuk menjana pendapatan yang lebih pada masa akan datang. Kelas ini terdiri daripada dua orang Coach dari syarikat Quantum Metal dan 3 orang ahli pelaburan baru daripada komuniti setempat.

Gambar Disini