Tarikh : 05 Jun 2024
Masa : 9.00 am - 12.30 pm
Lokasi : Mini NADI Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Program Insentif Tadbir Urus (JPKK & JPKKP) ini disertai oleh 10 orang jawatan kuasa kampung yang terdiri daripada ketua kampung dan setiausaha kampung masing-masing. Program ini bertujuan untuk membincangkan tentang insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada kampung-kampung beserta program yang perlu dijalankan berdasarkan insentif yang diberikan tersebut. 

   
Aktiviti 

Setiap JPKK kampung perlu membuat kertas kerja aktiviti masing-masing. Petugas di NADI Muzium Telegraf membantu para peserta untuk membuat cadangan kertas kerja masing-masing di samping mereka juga dapat menggunakan fasiliti komputer yang terdapat di dalam NADI Muzium Telegraf.

Gambar Disini