Tarikh : 30 Jun 2024
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Mini NADI Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 18 orang

 

Tujuan 

Kelas Belajar Mengait dijalankan bertujuan untuk membuka peluang kepada komuniti untuk belajar cara-cara untuk mengait sebagai satu ilmu baru kepada mereka. Disamping itu ilmu mengait ini juga boleh membantu meraka untuk menjana pendapatan di masa akan datang. Hal ini kerana kelas ini mengajar para peserta untuk menghasilkan satu produk hasil daripada mengait, produk itu kemudiam boleh dipasarkan kepada pasaran luar mengikut permintaan.

   
Aktiviti 

Aktiviti bermula pada jam 10 pagi. Guru merupakan seorang usahawan mengait yang menghasilkan pelbagai produk kaitan benang, guru ini banyak berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan perjalanannya berkecimpung dalam bidang mengait ini kepada peserta. Semua peserta mengait menggunakan kit mengait yang telah di sediakan untuk setiap orang. Peserta di ajar jenis-jenis kaitan dan cara melakukannya sehingga menjadi satu bentuk produk.

Gambar Disini