Tarikh : 19 September 2019
Masa 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 13 orang

 

Tujuan 
Kelas Pengurusan Data Menggunakan Aplikasi Microsoft Excel-Advance User dijalankan bagi tujuan memproses data dengan mudah dengan formula yang telah di selaraskan.
   
Aktiviti 
 

Kelas Pengurusan Data dengan Microsoft Excel disertai oleh petugas daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Taiping yang terdiri daripada 13 orang peserta. Semua peserta di beri tunjuk ajar dan contoh oleh pegawai yang berkelayakan dan di ikuti oleh semua peserta. Dalam masa yang sama pegawai yang bertugas juga akan memastikan tiada yang ketinggalan atau tidak faham ketika sesi pengajaran dijalankan. Selain itu di akhir kelas mereka juga didedahkan dengan keselamatan data dan maklumat di dalam internet.

IMG 20190919 121958

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 8 September 2019
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas Paper craft DIY dijalankan bertujuan bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah di samping meningkatkan daya kreativiti mereka di waktu cuti sekolah.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang ahli Pusat Internet Muzium Telegraf yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka ditayangkan dengan video tutorial daripada YouTube tentang cara penghasilan kraf menggunakan kertas untuk menjadi sesuatu bahan yang lebih menarik dan kreatif. Kemudian pelajar bersama-sama melakukan kraf tersebut dengan tunjuk ajar yang ditayangkan di video. Kelas ini data meningkatkan daya kreativiti pelajar untuk berfikiran diluar kotak dan menjadikan sesuatu bahan itu lebih berseni.

IMG 20190908 175921

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 4 September 2019
Masa 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi Tadika Perpaduan Lake View
Peserta : 42 orang

 

Tujuan 
Sambutan kemerdekaan bersama Tadika Perpaduan Lake View bertujuan untuk melahirkan rasa cinta pelajar kepada negara sejurus menaikkan semangat patriotik pelajar seiring dengan penggunaan teknologi masa kini.
   
Aktiviti 
 

Aktiviti bermula dengan perarakan pelajar membawa bendera di sekitar kawasan Tadika Perpaduan Lake View. Kemudian semua pelajar dan ibu bapa berkumpul bagi mendengarkan taklimat berkenaan kemerdekaan beserta kuiz bagi para pelajar. Selain itu pelajar juga diselitkan dengan keselamatan internet dan penggunaan teknologi maklumat. Selapas sesi taklimat para pelajar meneruskan aktiviti sambutan kemerdekaan dengan pertandingan mewarna, manakala ibu bapa meneruskan aktiviti kuiz interaktif Kahoot berkenaan kemerdekaan. Program berlansung dari jam 8.30 pagi seingga 12.30 tengahari.

IMG 20190904 091757

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 7 September 2019
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari
: 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta 1 orang

 

Tujuan 
Kelas Matematik pecutan akhir UPSR dijalankan bertujuan untuk memberi latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan upsr pada tahun ini. Kelas ini secara tidak lansung dapat menjadi ulangkaji kepada pelajar sebelum menduduki peperiksaan sebenar.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Pelajar diberikan latih tubi peperiksaan sebenar tahun-tahun yang terdahulu sebagai latihan. Setiap sesi diberikan satu latihan dan kelas ini mempunyai 3 sesi. Pada sebelah petang semua latihan di semak dan dibincangkan cara penyelesaian bagi mendapatkan jawapan yang betul. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan tutorial secara atas talian (E-pembelajaran) tentang cara jalan kerja yang dilakukan bagi setiap penyelesaian masalah dalam matematik.

IMG 20190907 154912

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 27 Ogos 2019
Masa 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pelajar tentang laman web E-learning matematik kepada pelajar.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Pelajar di perkenalkan dengan laman web elearning matematik sebagai tutorial kepada pelajar. Pelajar boleh memasuki laman web tersebut secara percuma dan belajar cara-cara peneyelesaian masalah yang dilakukan. Melalui e-pembelajaran ini pelajar dapat membuat ulangkaji dari rumah selain daripada mendapat latihan di sekolah mereka sebagai inisiatif sebelum menduduki peperiksaan sebenar. 

IMG 20190824 140033

Gambar Selanjutnya Disini