Tarikh : 27 Julai 2019
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pelajar tentang perisian Microsoft Office Word di samping memberi pendedahan tentang keguaan Word dalam membuat Portfolio.
   
Aktiviti 

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Diawal kelas petugas memberi pengenalan tentang penggunaan Header, Footage, Numbering & Heading. Peserta kemudian di berikan latihan dalam menghasilkan Portfolio berdasarkan pembelajaran yang dilakukan. Petugas memastikan tiada yang ketinggalan atau tidak faham sepanjang sesi pembelajaran berlansung. Kelas ini dapat memberi persediaan kepada pelajar untuk kegunaan di masa hadapan sejurus melahirkan pelajar yang mampu menghasilkan Portfolio secara kemas dan teratur. Dihujung kelas peserta ditayangkan dengan Video KDB dan penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti (My Place).

photo6215497532436490433

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 23 Julai 2019
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menghasilkan kerja kursus menggunakan Microsoft Word dengan lebih kemas dan teratur sejurus memberi tips untuk mencari maklumat dengan mudah di dalam Internet Browser.
   
Aktiviti 

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu pelajar sekolah menengah. Permulaan kelas, petugas memberi tunjuk ajar tentang cara untuk masukkan gambar ke dalam Microsoft Word secara teratur dengan saiz yang sama. Selain itu mereka juga diberi tips untuk mencari maklumat didalam internet dengan mudah menggunakan kata kunci yang penting.

photo6215497532436490437

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 13 Julai 2019
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Kelas Paint Pic Management memberi pengenalan kepada pelajar tentang aplikasi paint dalam komputer dan memberi pendedahan tentang cara untuk edit gambar dengan mudah dan cepat.
   
Aktiviti 

Kelas Paint Pic Management disertai oleh pelajar sekolah rendah. Petugas memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaanPaint Pic Management seperti menerangkan tentang setiap satu kegunaan tool yang terdapat di dalam Paint. Peserta kemudian di beri tugasan untuk edit sebuah gambar yang diberikan oleh petugas seperti tukar saiz, crop, dan lain-lain. Tugasan ini dapat menguji daya fikir peserta supaya maklumat yang ingin di berikan oleh sesebuah gambar itu sampai dengan jelas kepada penerima.

photo6215497532436490416

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 21 Julai 2019
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 19 orang

 

Tujuan 
Memberi pengetahuan kepada peserta cara jualan Produk REDLife dengan lebih berkesan. Dan memberi pendedahan tentang kebaikan dan keberkesanan produk jualan melalui media sosial.
   
Aktiviti 

Dalam bengkel REDLIfe peserta di beri penerangan cara mengiklankan prodak didalam media sosial bagi meluaskan jualan mereka seperti Facebook, Instagram, whatsapp dan lain. Petugas menyediakan latihan asas menggunakan aplikasi atas talian kepada setiap peserta dan memastikan tiada yang ketinggalan atau tidak faham ketika sesi pengajaran dijalankan. Setelah tamat sesi media sosial, peserta diberi sedikit taklimat dan tayangan video KDB mengenai keselamatan Internet terutama dalam bidang jualan. 

photo6215497532436490428

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 7 Julai 2019
Masa 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 6 orang

 

Tujuan 
Kelas Bahasa Isyarat diadakan bertujuan bagi menambah ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan bahasa isyarat sejurus meningkatkan pengetahuan bahasa komunikasi peserta.
   
Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada awal kelas, peserta di beri penerangan dan tunjuk ajar mengenai kosa kata dalam bahasa isyarat oleh guru terlatih. Kemudian setiap peserta di uji bagi memastikan kefahaman peserta dan tiada yang ketinggalan semasa proses pembelajaran dilakukan. Setelah tamat kelas asas bahasa isyarat, peserta ditayangkan dengan video KDB (Klik Dengan Bijak) mengenai “Online Grooming”.

P 20190622 094349 LL

Gambar Selanjutnya Disini