Tarikh 27 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta 7 orang

 

Tujuan 
Kelas Microsoft Office (Word) dijalankan bagi memahirkan pengguna dalam penggunaan papan kekunci, tetikus dan ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi word itu sendiri.
   
Aktiviti 

Kelas ini dijalankan untuk 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak lingkungan 8 sehingga 14 tahun. Kelas ini bertujuan bagi memahirkan peserta dengan penggunaan aplikasi Word dalam kerja menaip, membuat surat dan kerja-kerja rasmi yang lain. Selain itu, penggunaan papan kekunci dan tetikus sebagai alat utama turut di tekankan supaya mereka lebih mahir. Para peserta diberi tugasan untuk membuat jadual waktu belajar di musim cuti sekolah masing-masing melalui tunjuk ajar yang telah diberikan. Kelas ini boleh melahirkan generasi celik IT pada masa akan datang.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 26 Mei 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
Kelas mengurus wang dijalankan bertujuan untuk memberi tips kepada para peserta tentang cara penggunaan dan menguruskan wang dengan bijak.
   
Aktiviti 

Kelas Fun math, tips menguruskan wang dijalankan kepada 8 orang peserta. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Dalam kelas ini mereka diajar tentang cara pengiraan wang, mengenali nilai wang dan pengurusan wang simpanan. Selain itu permainan jual beli juga dijalankan untuk mereka bagi mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang nilai wang.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 5 Mei 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Bengkel keusahawanan dijalankan untuk memberi motivasi dan cara jualan yang berkesan kepada ahli RedLife.
   
Aktiviti 
  1. Bengkel Keusahawanan yang dijalankan oleh Redlife kepada ahli-ahli mereka terdiri daripada lebih kurang 20 orang ahli bersama seorang pengajar. Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang cara jualan produk Redlife dengan betul. Petugas Pusat Internet turut sama membantu dalam penggunaan microsoft excel bagi penghasilan akaun jualan. Selain itu mereka juga diberikan pendedahan tentang Dashboard dan Klik Dengan Bijak.

d8bd5902-ff44-4105-bb93-a852ed140864

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 25 Mei 2019
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Kelas DIY sampul raya diadakan di Pusat Internet Muzium Telegraf untuk melatih peserta lebih kreatif dalam menghasilkan satu benda baru daripada barangan sedia ada.
   
Aktiviti 
  1. Kelas DIY Sampul Raya dijalankan untuk 5 orang ahli Pusat Internet. Kelas ini dihadiri oleh golongan pelajar sekolah rendah untuk mengisi masa cuti sekolah mereka. Memandangkan hari perayaan Aidilfitri bakal tiba, para peserta di ajar cara-cara membuat sampul raya sendiri. Dengan ini mereka boleh mencipta sampul raya mengikut citarasa sendiri melalui 3 cara iaitu, menggunakan komputer, kertas A4 dan kertas warna. Dalam masa yang sama, kami petugas turut memberi info kepada mereka tentang penggunaan Internet secara berhemah (Klik Dengan Bijak).

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 4 Mei 2019
Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas DIY diadakan di Pusat Internet Muzium Telegraf untuk melatih peserta lebih kreatif dalam merekacipta dan membaikpulih barang-barang terpakai menjadi barang yang lebih berguna. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas DIY Totebag dijalankan untuk 2 orang ahli Pusat Internet. Kelas ini dihadiri oleh golongan pelajar sekolah untuk mengisi masa cuti hujung minggu mereka. Petugas memberi tujuk ajar dalam penghasilan bag menggunakan tshirt lama. Selain itu You Tube juga digunakan bagi memudahkan proses pembuatan. Setelah selesai, mereka melukis dan menghias bag tersebut menggunakan pen warna yang disediakan. Sesudah itu mereka juga diajar tentang aplikasi Dashboard Komuniti dan informasi tentang Klik Dengan Bijak.

55f4122c-b986-4c74-8d07-91e9a873f60a

Gambar Selanjutnya Disini