Tarikh : 28 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Memberi kursus dan penerangan tentang cara untuk membuat MyPortfolio untuk penggunaan pejabat mengikut bahagian masing-masing.
   
Aktiviti 
  1. Kursus ini disertai oleh staf daripada Pejabat Daerah Taiping. Semua staf yang terlibat merupakan ahli pusat internet. Mereka diajar cara untuk membuat MyPortfolio bagi penggunaan pejabat. Selain itu petugas pusat internet memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan komputer yang betul dan penggunaan aplikasi Microsoft Office kepada peserta kursus. Disamping itu, petugas pusat internet juga memberi pendedahan kepada peserta tentang Cyber Grooming ( Klik Dengan Bijak). 

photo6321255492873201707

Gambar Selanjutnya Disini


Memberi kursus dan penerangan tentang cara untuk membuat MyPortfolio untuk penggunaan pejabat mengikut bahagian masing-masing.
Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan ahli dengan aplikasi elektronik kerajaan.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini berlansung pada 22 Februari pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Dihadiri oleh 2 orang ahli dari golongan dewasa. Kelas ini memberi pendedahan kepada ahli tentang laman sesawang Kerajaan, mereka diajar cara untuk mengisi borang seperti Bantuan Sara Hidup, Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan sedikit pendedahan tentang transaksi bank atas talian. Selain itu mereka juga di beri penerangan tentang penggunaan internet secara berhemah (Klik Dengan Bijak), dan aplikasi Dashboard komuniti, my shop.

photo6310052637617268819

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 4 Februari 2019
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas asas pembentangan dengan menggunkan aplikasi Microsoft Office Power Point.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini berlansung pada 4 Februari pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini menggunakan software Microsoft Office Power Point bagi membuat slide pembentangan Portfolio sekolah. Dalam kelas ini mereka diajar cara untuk membuat animasi, "transition" layar dan muzik di dalam pembentangan. Kelas ini di hadiri oleh tiga orang ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar sekolah. Selain itu mereka juga di beri info tentang keselamatan internet & Dashboard Komuniti.

P 20190127 140544

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan ahli baru dengan asas penggunan komputer dan mencari maklumat atas talian. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini berlansung pada 16 Februari pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh  3 orang ahli baru Pusat Internet Muzium Telegraf, mereka diajar cara asas penggunaan komputer dan cara untuk mencari maklumat diatas talian antaranya, cara penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan betul, "internet browser" dan aplikasi youtube. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang keselamatan internet, penyebaran maklumat palsu dan aplikasi Dashboard.

P 20190209 154519

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 19 Januari 2018
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : Komuniti

 

Tujuan 
Memberi kesedaran kepeada komuniti tentang kepentingan menjaga kesihatan di samping memperkenalkan pusat internet kepada komuniti.
   
Aktiviti 
    1. Program Jom Sihat ini di anjurkan oleh Pusat Internet Muzium Telegraf bagi memberi pendedahan tentang kesihatan & merapatkan jurang diantara komuniti dan Pusat Internet di samping mendedahkan mereka dengan kepentingan internet melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa Hari Bersama Komuniti berlangsung seperti pertandingan-pertandingan menarik dia antara komuniti, booth makanan sihat, Kuiz Interaktif Kesihatan, Ceramah dan pemeriksaan kesihatan, Booth Dashboard, dan macam-macam lagi. 

IMG 2981

Gambar Selanjutnya Disini