Tarikh : 6 November 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PI Muzium Telegraf Taiping
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Menyediakan kelas kepada 2 orang ahli Pusat Internet berkenaan E-Learning. Disamping itu, mereka juga didedahkan dengan Program Dashboard Komuniti dan sedikit taklimat berkenaan KDB.
   
Aktiviti 
  1. Kelas E-Learning ini diberikan kepada dua orang ahli yang merupakan pelajar sekolah. Kami memberi pengajaran dengan menggunakan kaedah interaktif untuk menarik perhatian pelajar.

 

 

Tarikh : 23 Oktober 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pi1M Muzium Telegraf Taiping
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Menyediakan kelas kepada 2 orang ahli Pusat Internet berkenaan asas penggunaan komputer. Disamping itu, mereka juga didedahkan dengan Program Dashboard Komuniti dan sedikit taklimat berkenaan KDK.
   
Aktiviti 
  1. Kelas asas penggunaan komputer ini diberikan kepada dua orang ahli yang tidak mempunyai asas komputer. Kami memberi pengajaran tentang penggunaan tetikus dengan betul, pencarian maklumat menggunakan "Google Browser" dan perkakasan asas komputer seperti papan kekunci, monitor, dan lain-lain.

Gambar Selanjutnya Disini


 

Tarikh

: 5 September 2018

Masa

: 2.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi

SK Bukit Jana

Peserta

: 200 orang

 

Tujuan

Program KDB bersama Pusat Internet berlangsung di SK Bukit Jana bagi menarik minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet sejurus memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai Jenayah Siber yang bersangkut paut dengan pelajar-pelajar sekolah. Taklimat disampaikan oleh 4 Pusat Internet iaitu Pi Muzium Telegraf, Pi Kamunting, Pi Simpang Perdana dan Pi Batu Kurau. Program yang bermula pada jam 2.30 itu menghimpunkan pelajar-pelajar dari Tahun 4 hingga 6.

   

Aktiviti

  1. Pelajar diberikan taklimat tentang perkongsian maklumat di atas talian dengan bijak dan selamat seiring dengan isu-isu yang berkaitan dengan pelajar dan belia. Selain itu program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan KDB seperti kuiz bagi melihat sejauh mana kefahaman mereka berkaitan program ini.

Gambar Selanjutnya Disini

 

Tarikh

: 6 September 2018

Masa

: 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

Tadika Perpaduan Taman Lake View

Peserta

: 50 orang

Tujuan

Program Sambutan Hari Kebangsaan diadakan adalah untuk mengenang dan menghargai jasa tokoh yang telah berkorban demi tanah air di samping dapat memupuk perpaduan kaum dan melahirkan rasa cinta akan tanah air kepada pelajar Tadika Taman Lake View

   

Aktiviti

Program dimulakan dengan ikrar Rukun Negara oleh pelajar dan ibu bapa, dan diteruskan dengan Perarakkan Kemerdekaan.selesai perarakkan, pelajar diberikan Pendedahan mengenai maksud, tema dan logo kemerdekaan, jalur gemilang, laungan merdeka serta lagu-lagu kebangsaan.

Gambae Selanjutnya Disini

 

 

Tarikh

: 30 Ogos 2018

Masa

: 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping

Peserta

: 15 orang

Tujuan

Program Malaysia Quran Hour bersama Pusat Internet berlangsung di Pi Muzium Telegraf bagi mendalami & menghayati Al-Quran sempena bulan Kemerdekaan yang turut berlangsung secara serentak pada waktu yang berbeza di malaysia.

   

Aktiviti

Pada jam 11.00 hingga 1.00 petang peserta meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran. Peserta di Pi Muzium Telegraf menerusi aktiviti membaca, bertadabbur dan menghayati inti pati surah Al-Naml (ayat 1-93) di ketuai oleh Haji Adnan. Disamping program itu, peserta juga diberikan taklimat tentang perkongsian maklumat di atas talian dengan bijak dan selamat. Diakhir program pihak PI juga turut menyediakan jamuan ringkas kepada peserta yang terlibat.

Gambar selanjutnya disini