Tarikh : 8 April 2018
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi PI MUZIUM TELEGRAF TAIPING
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memberi pembelajaran kepada 2 orang ahli baru PI Muzium Telegraf tentang kaedah asas menyunting video.
   
Aktiviti 
  1. Kelas menyunting video menggunakan aplikasi Movie Maker. Setiap ahli menggunakan video yang telah disediakan dan menyuntingnya ke video yang berdurasi 1 minit dengan meletakkan lagu, teks, dan elemen multimedia yang lain.

Gambar Selanjutnya Disini

 


Tarikh : 4 April 2018
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI MUZIUM TELEGRAF TAIPING

 

Tujuan 
Lawatan kerja oleh YBhg Tan Sri Halim ke PI Muzium Telegraf Taiping.
   
Aktiviti 
  1. Lawatan kerja oleh YBhg Tan Sri Halim untuk mengikuti perkembangan PI Muzium Telegraf Taiping sejak awal pembukaan sehingga waktu semasa. Juga YBhg Tan Sri Halim memberi sedikit taklimat dan ucapan pada petugas dan pelawat-pelawat yang lain bagi membangunkan PI dengan lebih pesat dan meluas kepada komuniti.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 20 Mac 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Muzium Telegraf Taiping
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas ini disertai oleh 3 orang ahli PI Muzium Telegraf Taiping. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pembelajaran asas kepada ahli untuk membuat grafik. Dalam masa yang sama memdedahkan mereka dengan program dashboard, dan info tentang KDB (klik dengan bijak).
   
Aktiviti 
  1. Program ini telah dianjurkan oleh PI Muzium Telegraf. Ahli diberikan pembelajaran tentang penggunaan & penghasilahn grafik mudah menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Kelas ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan Dashboard dan KDB.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 29 Mac 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi PPD (PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH) TAIPING PERAK
Peserta : 22 orang

 

Tujuan 
Memberi pendedahan kepada 22 orang  para guru dan pihak sekolah sekitar taiping berkenaan internet dan teknologi.  Juga bagi memperkenalkan pihak sekolah dengan peranan dan tujuan PI (Pusat Internet) ditubuhkan. 
   
Aktiviti 
  1. Program taklimat NBOS bersama PPD ini telah dianjurkan oleh Kluster Perak Utara dengan kerjasama PI Pokok Assam, PI Kampung Kamunting, dan PI Muzium Telegraf . Pelajar diberikan taklimat tentang “Check Your Label”, jenayah online, dan penyalahgunaan internet oleh pelajar. Program ini juga diselitkan dengan taklimat berkaitan KDB beserta sesi soal jawab bersama guru-guru.

Gambar Selanjutnya Disini

 


Tarikh : 10 Mac 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PI Muzium Telegraf Taiping
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang ahli baru di PI Muzium Telegraf Taiping. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan komuniti dengan program dashboard, keselamatan penggunaan internet dan memberi pengajaran tentang asas penghasilan email dan akaun email.
   
Aktiviti 
  1. Program ini telah dianjurkan oleh PI Muzium Telegraf. Ahli diberikan penerangan tentang penggunaan & keselamatan internet. Kelas ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan Dashboard dan aktiviti penghasilan akaun email.

Gambar Selanjutnya Disini