Tarikh : 15 Mei 2018
Masa : 7.30 pagi - 9.30 pagi
Lokasi SMK TAMAN PANGLIMA
Peserta : 300 orang

 

Tujuan 
Program KDK bersama Pusat Internet di adakan di SMK Taman Panglima bagi menarik minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet sejurus memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai penipuan internet yang bersangkut paut dengan pelajar-pelajar sekolahTaklimat disampaikan oleh 3 Pusat Internet iaitu PI Kamunting, PI Pokok Assam dan PI Muzium Telegraf, program yang bermula pada jam 7.30 itu menghimpunkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5.
   
Aktiviti 
  1. Pelajar diberikan taklimat tentang perkongsian maklumat di atas talian dengan bijak dan selamat seiring dengan isu-isu yang berkaitan dengan pelajar dan belia. Selain itu program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan KDB seperti kuiz bagi melihat sejauh mana kefahaman mereka berkaitan program ini. Sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah juga di selitkan bagi menarik minat pelajar-pelajar.

 

Gambar Selanjutnya Disini

 


Tarikh : 7 Mei 2018
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi PI MUZIUM TELEGRAF TAIPING
Peserta : 11 orang

 

Tujuan 
Program KDK bersama Mary Kay di adakan bagi menarik minat belia untuk datang ke Pusat Internet Muzium Telegraf. Dalam masa yang sama Pusat Internet memberi pendedahan kepada belia tentang perkongsian maklumat atas talian dengan terkawal dan lebih berhati-hati.
   
Aktiviti 
  1. Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah dianjurkan oleh PI Muzium Telegraf. Disamping mendapat info tentang penjagaan kulit daripada wakil Mary Kay, peserta juga diberikan taklimat tentang perkongsian maklumat di atas talian dengan bijak dan selama. Selain itu program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan KDB seperti kuiz dan aktiviti berkumpulan.

P 20180507 182630

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 20 April 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi PI MUZIUM TELEGRAF TAIPING
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memberi kelas asas penghasilan slide pembentangan mengunakan aplikasi Prezi kepada 2 orang ahli PI Muzium Telegraf Taiping. Disamping itu petugas juga menyelitkan masa yang ada dengan menerangkan tentang Dashboard komuniti dan perkakasan komputer. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas asas penghasilan slide pembentangan Prezi kepada ahli yang merupakan belia dan pelajar untuk mengenali aplikasi lain untuk membuat pembentangan dengan lebih menarik selain daripada Microsoft Power Point. Dalam masa yang sama peserta juga di perkenalkan dengan perkakasan komputer dan program Dashboard. 

Gambar Selanjutnya Disini

 

 

Tarikh : 28 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PI MUZIUM TELEGRAF TAIPING
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Memberi kesedaran kepada belia tentang buli siber, dan perkongsian maklumat atas talian.
   
Aktiviti 
  1. Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah dianjurkan oleh PI Muzium Telegraf. Peserta diberikan taklimat tentang buli siber, perkongsian dengan bijak, dan banyak lagi. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan KDB seperti kuiz.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 14 April 2018
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi PI MUZIUM TELEGRAF TAIPING
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memberi pembelajaran yang lebih mendalam tentang Microsoft Excel, memandangkan ahli sudah mempunyai asas dalam aplikasi Excel. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas Microsoft Excel ini di berikan kepada 2 orang ahli di PI Muzium Telegraf Taiping. Kelas ini terdiri daipada 3 pembelajaran iaitu persembahan operasi asas matematik seperti menjumlahkan lajur dan baris angka, mencari nilai-nilai seperti keuntungan atau kerugian dan
    mencari purata , maksimum, minimum atau nilai-nilai dalam julat yang ditetapkan data.

Gambar Selanjutnya Disini