Tarikh : 22 & 23 Disember 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas belajar design Creative Resume & Motion Graphic Portfolio bertujuan untuk membantu belia yang baru menamatkan pembelajaran untuk membuat resume bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini berlansung selama dua hari iaitu pada 22 & 23 Disember pada jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kelas ini menggunakan software Microsoft Office & Power Point bagi membuat Creative Resume & Motion Graphic Portfolio ini. Kelas ini di hadiri oleh dua orang ahli pusat internet yang terdiri daripada belia lepasan universiti. Selain itu mereka juga di beri info tentang keselamatan internet & Dashboard Komuniti.

Gambar Selanjutnya Disini

 


Tarikh : 7, 14 & 21 Disember 2018
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas asas pembelajaran "English Grammar" ini dibuka untuk para pelajar sekolah rendah, bertujuan untuk membuat ulangkaji kepada peserta dengan lebih mendalam tentang apa yang telah mereka pelajari di sekolah. Disamping itu, mereka juga diperkenalkan dengan dashboard komuniti dan diberi pendedahan tentang keselamatan internet.
   
Aktiviti 
  1. Kursus ini diajar oleh Cik syakirin yang merupakan cikgu tuisyen swasta. Kursus ini berlansung selama 3 hari iaitu 7, 14 & 21 Disember. Proses pembelajaran ini menggunakan medium youtube dimana para pelajar didedahkan dengan video pembelajaran dengan penerangan guru. Selain itu pelajar juga dia ajar cara menggunakan kamus dengan betul. Kursus ini terdiri daripada 3 orang ahli baru.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 1 Disember 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Komuniti, Galeri Perbandaran Taiping
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Menjalankan Taklimat yang bertajuk "Online Grooming" dan "Klik Dengan Bijak" yang dilangsungkan anjuran Majlis Perbandaran Taiping terbuka untuk semua golongan yang berminat.
   
Aktiviti 
  1. Taklimat ini dijalankan dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Taiping. Petugas menjelaskan tentang keselamatan di dalam penggunaan sosial media dan internet di bawah tajuk "Online Grooming" kepada para peserta yang terlibat. Selain itu petugas juga ada menyediakan kuiz dan sesi soal jawab bersama peserta mengenai klik dengan bijak dan "Online Grooming" bagi menarikkan lagi program tersebut.  

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 4 & 5 Disember 2018
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Kursus asas pembangunan website bertujuan untuk mendedahkan para peserta cara untuk membangunkan, membina dan mengubah suai laman web. Kemahiran yang ada oleh peserta boleh diambil dalam kelas ini termasuk membina laman web interaktif, menubuhkan kedai dalam talian dan mewujudkan aplikasi mudah alih atau desktop yang disertakan.
   
Aktiviti 
  1. Kursus ini diajar oleh Jurulatih dari luar iaitu En Tajudin Ramlee yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan website. Kursus ini berlansung selama dua hari iaitu 4 & 5 Disember yang menekankan tentang domain & webhosting, pengurusan CPanel, pemasangan Wordpress & plugin terpilih. Kursus in terdiri daripada 4 orang ahli baru yang merupakan usahawan dan peniaga kecil.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 17 November 2018
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : PI Muzium Telegraf Taiping

 

Tujuan 
Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Muzium Telegraf diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan bersama komuniti di samping memperkenalkan lagi Pusat Internet Muzium Telegraf kepada orang ramai dengan aktiviti- aktiviti menarik yang boleh didapati di Pusat Internet.
   
Aktiviti 
  1. Hari Bersama Komuniti ini di anjurkan oleh Pusat Internet Muzium Telegraf bagi merapatkan jurang diantara komuniti dan Pusat Internet di samping mendedahkan mereka dengan kepentingan internet melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hari Bersama ini juga menjalinkan usahasama dengan Muzium Telegraf iaitu wakil dari Yayasan Telekom Malaysia bagi bersama-sama mempromosikan tempat pelancongan mereka. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa Hari Bersama Komuniti berlangsung seperti "Open Games" kepada pengunjung, gerai jualan, kuiz ICT, taklimat dan Booth Dashboard, pemeriksaan kesihatan, dan macam-macam lagi. 

 

Gambar Selanjutnya Disini