Tarikh : 23 April 2019
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas Literasi ICT bertujuan untuk pelajar mahir dalam penggunaan Microsoft Office terutama dalam menyiapkan tugasan sekolah. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas Literasi ICT dijalankan untuk 2 orang ahli Pusat Internet. Kelas ini dihadiri oleh golongan pelajar sekolah yang tidak mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office. Petugas memberi tujuk ajar dalam penggunaan Header, Footer, cara memasukkan gambar dan banyak lagi. Selain itu pelajar di beri tugasan untuk membuat Surat Kiriman Rasmi mengikut contoh yang diberikan dan menghasilkan satu profile resume masing-masing. Sesudah itu mereka juga diajar tentang aplikasi Dashboard Komuniti dan informasi tentang Klik Dengan Bijak.

383bfd04-5eac-464d-9bc2-9abbdc3ae2b3

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 20 April 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Memupuk minat pelajar sekolah untuk mempelajari Subjek Matematik dengan lebih menarik dengan aktiviti yang disediakan oleh Pusat Internet.
   
Aktiviti 
  1. Kelas Fun Mathematic di sertai oleh 4 orang ahli Pusat Internet Muzium Telegraf. Dalam kelas ini dijalankan beberapa aktiviti menarik dimana telah mencampurkan element permainan di dalam pembelajaran matematik untuk pelajar sekolah. Selain sifir dan operasi matematik yang lain, mereka juga bermain permainan dam ular yang berkonsepkan sifir juga mewarna. Aktiviti ini di uruskan oleh petugas Pusat Internet dibantu bersama seorang tutor yang bertauliah. Selain itu peserta juga didedahkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti dan juga maklumat keselamatan Internet (Online Grooming- Klik Dengan Bijak).

P 20190331 123927

Gambar Selanjutnya Disini


 

Tarikh : 10 April 2019
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memberi pendedahan kepada ahli untuk belajar tentang ICT dengan lebih menarik.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini disertai oleh 2 orang ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi pengetahuan tentang asas komputer, software & hardware. Mereka di uji melalui permainan komputer yang berasaskan ICT dan pembelajar bagi menarik minat mereka memandangkan mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

1162c0a8-4eb7-47d5-8544-e6a72426642d

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 11 April 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 

 

Tujuan 
Memberi kelas asas penggunaan Microsoft Power Point untuk pengisisan maklumat di dalam Sistem E-Kerajaan.
   
Aktiviti 
  1. Bengkel E-Kerajaan telah dijalankan di Pusat Internet dengan usaha sama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Bengkel ini di adakan bagi tujuan pihak MPKK mengisi Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) yang dihadiri oleh wakil Kampung masing-masing. Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar tentang penggunaan komputer serta membantu dalam menyiapkan tugasan mereka dalam melaksanakan profil tersebut. Antara aktiviti yang di jalankan adalah cara susun atur carta organisasi, suntingan gambar dan lain-lain urusan dalam penggunaan Microsoft Power Point.

P 20190408 092742

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 6 - 7 April 2019
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Taman Tasik Taiping

 

Tujuan 
Memperkenalkan komuniti dengan Pusat Internet di Taiping beserta kegunaan dan perkhidmatan yang disediakan.
   
Aktiviti 
  1. Pusat Internet mengambil bahagian dalam pembukaan booth di Karnival Jelajah Kesedaran bagi memperkenalkan komuniti dengan kewujudan Pusat Internet di Taiping beserta kegunaan dan perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, pembukaan Booth ini juga memberi kesedaran kepada komuniti tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan multimedia dan komunikasi. Pengunjung didedahkan dengan kempen Klik Dengan Bijak (KDB) melalui aktiviti-aktiviti menarik di booth tersebut.

P 20190406 091525

Gambar Selanjutnya Disini