Tarikh : 23 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Melatih ahli dengan asas multimedia, bagi menjana minda untuk berfikir lebih kreatif.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini disertai oleh 4 orang ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi tugasan untuk membuat "Brochure" iklan tentang ciri-ciri haiwan. Dalam pembelajaran ini petugas menekankan tentang cara untuk memasukkan gambar dan menghias Broucher dengan kreatif menggunakan Microsoft Power Point.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 17 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Menyediakan kelas asas komputer untuk ahli Pusat Internet Muzium Telegraf.
   
Aktiviti 
  1. Kelas Asas Komputer di sediakan untuk ahli pusat internet yang merupakan pelajar sekolah menengah. Petugas memberi pendedahan kepada ahli tentang perkakasan komputer, cara penggunaan tetikus dengan betul, memandangkan ahli ini jarang menggunakan komputer selain di pusat internet. Selain ini ahli ini juga di dedahkan dengan cara penulisan surat menggunakan software Microsoft Office untuk melatih ahli dalam menaip dan mengenali kedudukan huruf dan aksara di atas papan kekunci. 

 

Gambar Selanjutnya Disini

 


Tarikh : 2 Mac 2019
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas belajar english "Learning English With Colours" diajalankan bagi menarik minat pelajar sekolah rendah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka.
   
Aktiviti 
  1. "Learning English With Colours" ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar pra-sekolah. Pelajar mengenal huruf dan ayat dengan mewarnakan objek yang dinyatakan dalam soalan dan arahan petugas. Melalui teknik ini pelajar lebih tertarik untuk fokus kepada pembelajaran dan arahan yang diberikan. Dalam masa yang sama mereka menunjukkan minat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang. 

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 4 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 

 

Tujuan 
Menyediakan kelas asas komputer untuk penyediaan Bengkel Myportfolio bagi bahagian pengurusan Penghulu.
   
Aktiviti 
  1. Bengkel MyPortfolio diadakan oleh (Pejabat Daerah) bahagian pengurusan penghulu. Bengkel ini dihadiri oleh Penghulu dan pembantu mereka dari seluruh bahagian larut matang & selama. Petugas pusat internet memberi tunjuk ajar kepada Staf Pejabat Daerah dalam penggunaan Microsoft Office, cara membuat carta organisasi dan asas komputer. 

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 1 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Bengkel myPortfolio diadakan bagi memberi garis panduan cara penyediaan MyPortfolio bagi pekerja Kerajaan (Pejabat Daerah). 
   
Aktiviti 
  1. Bengkel ini di sediakan untuk pekerja Pejabat Daerah Taiping, mereka diberi taklimat dan garis panduan bagi menyediakan myPortfolio untuk bahagian masing-masing. Dalam masa yang sama, petugas pusat internet memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan Microsoft Word yang betul bagi menghasilkan carta organisasi, jadual, rajah, dan lain-lain. 

P 20190301 104333

Gambar Selanjutnya Disini