Tarikh

: 26 Ogos 2018

Masa

: 3.30 petang - 6.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas Asas Adobe Photoshop yang bertemakan kemerdekaan diakanan

bersempernaan bulan kemerdekaan ke 61.

   

Aktiviti

Peserta diajar cara untuk membuat poster dengan menggunakan tools seperti move tools, eraser, text, dan shape. Selain itu peserta juga diajar cara untuk add layer, delete layer, dan move layer.

 

Gambar Selanjutnya Disini


 

Tarikh : 14 Ogos 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PI1M Muzium Telegraf Taiping
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang ahli Pi Muzium Telegraf Taiping. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang pembelajaran & perhkidmatan lain secara atas talian.
   
Aktiviti 
  1. Kelas ini di jalankan oleh petugas Pi Muzium Telegraf. Ahli diajar dan diberi penerangan tentang kaedah penggunanan medium elektronik atas talian seperti E-pembelajaran, E-dagang dan transaksi atas talian. Kelas ini juga diselitkan dengan aktiviti lain seperti kahoot.

 

Gambar Selanjutnya Disini


 

Tarikh

: 25 Julai 2018

Masa

: 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi

: Pi1M Muzium Telegraf Taiping

Tujuan

Taklimat KDB berkenaan Keselamatan Penggunaan Internet dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang buli siber, dan perkongsian maklumat atas talian. Selain itu kuiz Kahoot berkenaan KDB juga di berikan kepada pelajar bagi menarik minat para pelajar sambil menguji daya kefahaman mereka. Dalam masa yang sama mereka diberikan juga taklimat berkenaan operasi Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping.

   

Aktiviti

  1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya nya buli siber dan maklumat yang di kongsikan.
  2. Memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
  3. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

 

Gambar Selanjutnya Disini

 


 

Tarikh : 1 Ogos 2018 - 30 Ogos 2010
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PI Muzium Telegraf Taiping
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Memberi kelas asas ICT dan cara kerja menggunakan MS Office 2010 kepada ahli baru yang tidak mempunyai asas tentang komputer. 
   
Aktiviti 
  1. Kelas literasi ICT  ini di berikan kepada seorang ahli baru di PI Muzium Telegraf Taiping. Kelas ini terdiri daipada kelas asas ICT serta pembelajaran penggunaan dan cara kerja menggunakan MS Office 2010 kepada ahli yang baru mendaftar dan ingin mendalami ilmu ICT. Dalam masa sebulan petugas akan memantau prestasi ahli baru ini dalam asas MS Office 2010 untuk permulaan pembelajaran.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 16 Julai 2018
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Pi1M Muzium Telegraf Taiping

 

Tujuan 
Pada 16 Julai 2018 telah berlangsung majlis perasmian Muzium Telegraf Taiping yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (Sultan Perak). Pada masa yang sama Pusat Internet juga telah digunakan sebagai ruang rehat bagi Sultan dan tidak beroperasi daripada 12 Julai 2018 sehingga hari kejadian iaitu 16 Julai bagi memberi laluan kepada ahli Protokol Di Raja menyediakan persiapan bagi pelancaran majlis tersebut.
   
Aktiviti 
  1. Muzium Telegraf Taiping telah di rasmikan oleh Sultan Perak, kemudian Tuanku diiring bagi melawat sekitar Muzium Telegraf beserta Pusat Internet Muzium Telegraf.

 

Gambar Selanjutnya Disini