Tarikh : 6 Julai 2019
Masa 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Memberi pengetahuan kepada peserta cara penggunaan Movie Maker bagi menghasilkan video dengan mudah.
   
Aktiviti 

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta bertujuan untuk menghasilkan video yang mudah dan ringkas. Peserta diminta untuk menyediakan beberapa keping gambar atau video kedalam movie maker kemudian mereka diajar cara untuk memotong bahagian video yang tak diperlukan dan menyambungkan dengan gambar yang ada. Peserta diminta untuk menghasilkan video berdurasi 2 minit yang mengandungi teks, gambar, video dan bunyi. Selain itu mereka juga di dedahkan dengan tayangan video KDB berkenaan dengan keselamatan internet dan aplikasi dashboard komuniti.

P 20190622 121737

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 16 Jun 2019
Masa 9.30 pagi - 12.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Memberi pengenalan kepada pelajar tentang perisian Microsoft Office Power Point dan memberi pengenalan asas tentang animasi.
   
Aktiviti 

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta. Permulaan kelas, petugas memberi tunjuk ajar tentang penggunaan aplikasi Power Point. Peserta kemudian diberikan tugasan untuk membuat 5 slide animasi yang mempunyai situasi yang berbeza. Setiap situasi itu perlu mempunyai gambar, text, dan kesan animasi. Kelas ini boleh menarik minat pelajar dengan kombinasi multimedia yang terkandung di dalam video tersebut beserta audio yang menarik. Selain itu kelas ini dapat meningkatkan pemikiran kreatif pelajar. 

photo6307460672098773146

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 3 Jun 2019
Masa 10.00 pagi - 11.30 pagi
: 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Pertandingan Menaip Pantas & Kahoot IT di sediakan untuk ahli.
   
Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dalam lingkungan 8 sehingga 10 tahun. Pada awal kelas, peserta di beri peluang untuk berlatih menaip pantas dengan aplikasi atas talian yang digunakan untuk menaip. Kemudian mereka berdua diberi tugasan untuk menaip dengan pentas dan masa dicatat. Selain itu pada sesi petang, pertandingan kahoot It dijalankan untuk peserta bagi menguji pengetahuan mereka tentang IT dan teknologi. 

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 14 Jun 2019
Masa 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Memberi pengetahuan kepada pelajar cara menghasilkan Doodle secara online dan memberi pendedahan tentang cara menggunakan aplikasi atas talian.
   
Aktiviti 

Pelajar diminta untuk membuat lakaran watak-watak yang ingin dihasilkan kemudian mereka disediakan latihan asas menggunakan aplikasi atas talian bagi mengahasilkan Doodle dan pelajar dapat mengaplikasikan gambaran lakaran kepada digital. Sepanjang sesi pembelajaran petugas memastikan tiada yang ketinggalan atau tidak faham. Selain itu petugas juga memberi taklimat kepada pelajar tentang keselamatan internet “Cyber Grooming” Klik Dengan Bijak. 

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 2 Jun 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Kelas membuat sampul Do It Yourself (DIY)bertujuan untuk menguji kemahiran peserta dalam menghasilkan sampul DIY sambil meningkatkan daya kreativiti peserta.
   
Aktiviti 

Kelas ini disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dalam lingkungan 5 sehingga 10 tahun. Pada awal kelas, peserta di beri penerangan dan tunjuk ajar cara membuat sampul oleh petugas Pusat Internet, kemudian para peserta diberi tugasan untuk membuat sampul dan menghias sendiri daripada tunjuk ajar yang diberikan.

Gambar Selanjutnya Disini