Tarikh : 06 Februari 2020
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mengajar pelajar mengenai cara menggunakan microsoft excel dengan betul. Pelajar akan mempelajari teknik-teknik asas excel dengan mengikuti contoh yang diberi.

Aktivit

Kelas ini dihadiri seramai 3 orang pelajar dewasa. Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai setiap benda yang terdapat di dalam microsoft excel serta cara penggunaannya kepada pelajar. Pelajar juga turut diberi sedikit tugasan iaitu membuat jadual menggunakan microsoft excel.

IMG 20200214 114413 436

Gambar Selanjutnya Disini

Tarikh : 05 Februari 2020
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas microsoft word ini diadakan bertujuan untuk mengajar pelajar cara untuk membuat jadual waktu menggunakan microsoft word. Selain itu, pelajar juga diajar cara menggunakan Header dan Footer di dalam microsoft word.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 3 orang pelajar dewasa. Petugas memberi sedikit penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar mengenai cara untuk menggunakan microsoft word dengan betul. Petugas juga memberikan sedikit tugasan kepada peserta untuk membuat satu surat kiriman menggunakan format yang telah diberikan.

IMG 20200212 140913 992

Gambar Selanjutnya Disini

Tarikh : 09 December 2019
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas FILMORA (Movie maker) yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan baru kepada pelajar mengenai cara untuk mengedit video untuk dijadikan movie menggunakan aplikasi FILMORA.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 2 orang pelajar yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah. Petugas memberi sedikit penerangan mengenai cara untuk menggunakan aplikasi FILMORA untuk mengedit video. Petugas memberi satu contoh video kepada pelajar dan pelajar perlu membuat sedikit perubahan dengan memasukkan bunyi,gambar,tulisan.

858109272 53328

Gambar Selanjutnya Disini

Tarikh : 09 December 2019
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas microsoft powerpoint - create cv (portfolio) ini diadakan untuk memberi pendedahan dan juga meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai cara untuk membuat resume menggunakan power point.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seorang peserta dari sekolah rendah. Petugas menunjukkan beberapa contoh resume yang dibuat menggunakan power point. Pelajar membuat resume sendiri berdasarkan contoh yang telah diberikan oleh petugas.

857421435 91498

Gambar Selanjutnya Disini

Tarikh : 26 Oktober 2019
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kelas E-Learning mari belajar sifir untuk pelajar sekolah rendah bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk berhibur sambil belajar.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah yang mempunyai asas komputer. Para pelajar di awalnya diajar cara untuk menggunakan aplikasi You Tube. Melalui YouTube pelajar diminta untuk mencari sifir 6 sehingga 9 kemudian hafal dan fahami. Di akhir kelas mereka diuji dengan soalan-soalan berkenaan sifir oleh petugas. Kelas ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar sambil bermain tanpa tekanan. 

IMG 20191026 145245

Gambar Selanjutnya Disini