Tarikh : 21 Oktober 2019
Masa : 2.30 petang - 6.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Kelas celik It bagi warga emas bertujuan untuk memastikan tiada golongan yang ketinggalan dalam penggunaan teknologi.
   
Aktiviti 
 

Kelas Celik IT ini dihadiri oleh 2 orang ahli Pusat Internet Muzium Telegraf. Dalam kelas ini mereka diajar tentang cara penggunaan Browser & Search Engine yang betul. Melalui ini mereka dapat mempelajari asas penggunaan internet bagi mencari maklumat dengan memasukkan kata kunci yang betul. Selain itu mereka juga di perkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti (My Komuniti) bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa tentang komuniti setempat.

IMG 20191010 175631

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 19 Oktober 2019
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
E-learning kelas masakan atas talian bagi suri rumah. Kelas ini bertujuan bagi menarik minat golongan wanita bagi menggunakan komputer dan teknologi sebagai medium pencarian maklumat.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang ahli pusat internet. Di awal kelas mereka diperkenalkan dengan aplikasi You Tube sebagai salah satu medium pencarian maklumat. Kemudian peserta diminta untuk mencari beberapa resepi masakan melalui YouTube menggunakan kata kunci yang betul. Setiap resepi perlu di taip kembali menggunakan Microsoft Office Word dan dicetak. Kelas ini dapat menarik minat golongan wanita untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

IMG 20191021 113650

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 6 Oktober 2019
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 
Program Usahawan Bumiputera diadakan bertujuan untuk membincangkan tentang hala tuju usahawan-usahawan bumiputera bagi penambahbaikkan perniagaan mereka.
   
Aktiviti 
 

Aktiviti bermula dengan kehadiran para usahawan. Seorang demi seorang memperkenalkan diri dan perniagaan masing-masing. Kemudian mereka diperkenalakn dengan aplikasi Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pemasaran produk mereka. Selain itu mereka juga didedahkan dengan pemsaran dia atas talian seperti facebook page, aplikasi whatsapp dan Instagram.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 10 Oktober 2019
Masa : 2.30 petang - 6.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Bengkel RED Life dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan RED Life yang baru tentang selok belok perniagaan mereka.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh usahawan RED Life & juga merupakan ahli pusat internet Muzium Telegraf. Di awal bengkel ini mereka di beri taklimat motivasi bagi menaikkan semangat mereka dalam perniagaan. Kemudian mereka diperkenalakn dengan produk-produk daripada RED Life dan kegunaan masing-masing bagi lebih memahami produk itu sendiri selain menerangkan cara-cara penjualan barang tersebut.

IMG 20191019 155150

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 29 September 2019
Masa 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam penggunaan komputer dan internet sebagai medium pencarian maklumat & penghasilan kerja.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta iaitu pelajar sekolah rendah yang mempunyai asas komputer. Para pelajar di awalnya diajar cara untuk mencari maklumat menggunakan kata kunci dan “search engine” di internet kemudian mereka diajar cara untuk menyimpan gambar daripada internet kedalam komputer masing-masing. Pada akhirnya mereka di perkenalkan dengan penggunaan YouTube dan pencarian maklumat melalui video didalam Youtube.

IMG 20190928 172658

Gambar Selanjutnya Disini