Tarikh 23 Ogos 2019
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi SMK SERATAS TAIPING

 

Tujuan 
Program KDB bersama Pusat Internet di adakan di SMK SERATAS Taiping sempena kem Perkhemahan Perdana Badan Beruniform bagi menarik minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet sejurus memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai Buli Cyber yang bersangkut paut dengan pelajar-pelajar sekolah. Taklimat disampaikan oleh 3 Pusat Internet iaitu PI Simpang Perdana, PI Pokok Assam dan Pi1M Muzium Telegraf, program yang bermula pada jam 8.30 itu menghimpunkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1,2 & 4.
   
Aktiviti 
 

Pelajar diberikan taklimat tentang perkongsian maklumat di atas talian dengan bijak dan selamat seiring dengan isu-isu yang berkaitan dengan pelajar dan belia. Selain itu program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan KDB seperti kuiz bagi melihat sejauh mana kefahaman mereka berkaitan program ini, aktiviti berkumpulan juga sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah turut di selitkan bagi menarik minat pelajar-pelajar.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 24 Ogos 2019
Masa 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 
Kelas bertujuan untuk memberi pelajar pendedahan tentang Asas Penggunaan Internet & Pembelajaran Interaktif menggunakan aplikasi di atas talian bagi menarik minat pelajar dengan belajar sambil bermain.
   
Aktiviti 
 

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan dijalankan untuk pelajar sekolah rendah sebagai pendedahan awal mereka kepada komputer dan internet. Para pelajar di awalnya diajar cara untuk mencari maklumat menggunakan kata kunci dan “search engine” di internet. Kemudian pelajar di uji dengan kuiz interaktif multimedia iaitu aplikasi Kahoot bagi menarik minat pelajar dan memberikan keseronokan kepada mereka sambil belajar. Disamping itu petugas menerangkan dengan lebih lanjut tentang setiap soalan yang pelajar jawab dengan salah supaya mereka lebih faham jawapan yang sebenar.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 7 Ogos 2019
Masa : 9.30 pagi- 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Kelas asas penggunaan komputer dan internet untuk warga emas bertujuan untuk melahirkan individu celik IT tanpa mengira usia. 
   
Aktiviti 

Kelas ini dihadiri oleh warga emas yang ingin mempelajari penggunaan Internet melalui pengetahuan asas komputer yang dimilikinya. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam penggunaan Browser, Search Engine dan Youtube. Peserta diberi tugasan untuk mencari maklumat di dalam internet bagi menguji kefahaman dan melatih beliau untuk sesuaikan diri dengan persekitaran dalam internet seperti navigasi, butang klik, butang Home dan lain-lain.

P 20190301 170047

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh 17 Ogos 2019
Masa 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 

 

Tujuan 
Memberi kesedaran kepada komuniti tentang kewujudan Pusat Internet Muzium Telegraf serta mewujudkan komuniti mesra dan celik ICT juga teknologi untuk kegunaan seharian.
   
Aktiviti 

Program Hari Terbuka Pusat Internet Muzium Telegraf bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti tapak jualan usahawan tempatan, pertandingan kahoot pusat internet, origami berkenaan flora dan fauna, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan E-sport (Mobile Legends) dan banyak lagi. Selain itu taklimat Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti berkenaan keselamatan internet. Tambahan pula, program ini juga menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada komunitit secara percuma juga terdapat booth daripada agensi luar seperti Yapeim, TM Unifi, Kolej Komuniti Taiping & Hospital Taiping.

Gambar Selanjutnya Disini


Tarikh : 3 Ogos 2019
Masa : 2.30 petang- 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Kelas mewarna atas talian bertujuan untuk menarik minat dan memahirkan pelajar sekolah rendah dalam menggunakan tetikus dengan betul melalui aktiviti yang menarik seperti mewarna.
   
Aktiviti 

Kelas mewarna atas talian ini dihadiri oleh 5 orang ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah . Kelas ini dapat melatih pelajar dalam penggunaan tetikus dengan lebih mahir sejurus mengetahui asas penggunaan komputer melalui aktiviti praktikal yang dijalankan. Petugas menyediakan lukisan digital atas talian untuk pelajar mewarna menggunakan komputer mengikut cita rasa mereka sendiri. Petugas kemudian memantau cara pelajar mengendalikan tetikus untuk memilih warna bagi lukisan tersebut. Selepas aktiviti mewarna, pelajar juga di tayangkan dengan video KDB sebagai langkah keselamatan mereka dalam penggunaan Internet.

27589508-70ab-4bea-8219-525a2ce9beb6

Gambar Selanjutnya Disini