Tarikh 29 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
Kelas asas Publisher dijalankan bagi menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan flyer menggunakan template sedia ada di dalam Microsoft Office Publisher.
   
Aktiviti 

Kelas Publisher disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini dijalankan pada musim cuti sekolah bertujuan untuk pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah berkenaan ICT. Selepas petugas memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan Publisher, peserta di beri tugasan untuk membuat satu kad jemputan berkenaan majlis yang akan dijalankan pada masa terdekat. Tugasan ini dapat menguji kreativiti mereka dalam penggunaan corak, warna dan hiasan dalam penghasilan kad supaya maklumat yang ingin di berikan sampai dengan jelas kepada penerima.

Gambar Selanjutnya Disini