Tarikh : 25 Mei 2019
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Kelas DIY sampul raya diadakan di Pusat Internet Muzium Telegraf untuk melatih peserta lebih kreatif dalam menghasilkan satu benda baru daripada barangan sedia ada.
   
Aktiviti 
  1. Kelas DIY Sampul Raya dijalankan untuk 5 orang ahli Pusat Internet. Kelas ini dihadiri oleh golongan pelajar sekolah rendah untuk mengisi masa cuti sekolah mereka. Memandangkan hari perayaan Aidilfitri bakal tiba, para peserta di ajar cara-cara membuat sampul raya sendiri. Dengan ini mereka boleh mencipta sampul raya mengikut citarasa sendiri melalui 3 cara iaitu, menggunakan komputer, kertas A4 dan kertas warna. Dalam masa yang sama, kami petugas turut memberi info kepada mereka tentang penggunaan Internet secara berhemah (Klik Dengan Bijak).

Gambar Selanjutnya Disini