Tarikh 27 Mei 2019
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf 
Peserta 7 orang

 

Tujuan 
Kelas Microsoft Office (Word) dijalankan bagi memahirkan pengguna dalam penggunaan papan kekunci, tetikus dan ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi word itu sendiri.
   
Aktiviti 

Kelas ini dijalankan untuk 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak lingkungan 8 sehingga 14 tahun. Kelas ini bertujuan bagi memahirkan peserta dengan penggunaan aplikasi Word dalam kerja menaip, membuat surat dan kerja-kerja rasmi yang lain. Selain itu, penggunaan papan kekunci dan tetikus sebagai alat utama turut di tekankan supaya mereka lebih mahir. Para peserta diberi tugasan untuk membuat jadual waktu belajar di musim cuti sekolah masing-masing melalui tunjuk ajar yang telah diberikan. Kelas ini boleh melahirkan generasi celik IT pada masa akan datang.

Gambar Selanjutnya Disini