Nama

: Umar Al -Faruq bin Abdul Aziz

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

 Umar Al – Faruq adalah seorang budak lelaki remaja berusia 15 tahun dan masih menuntut di sekolah menengah. Umar al – Faruq atau lebih dikenali sebagai adik Umar tinggal di Taiping dan tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT di PI Muzium Telegraf.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas tertubuhnya Pusat Internet Muzium Telegraf, beliau akan berkunjung setiap hari selepas habis sesi persekolahan ke PI untuk menambahkan ilmu pengetahuan ICT dan menghadirkan diri ke kelas-kelas ICT yang PI sediakan setiap bulan. Beliau semakin mahir mengendalikan perkakasan komputer dan perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer. Misalnya, beliau kini sudah mahir untuk muat turun gambar, membuat folio menggunakan Microsoft word.

Apa yang dipelajari melalui PI 

Mempelajari cara On Off komputer, menjaga komputer

 Mempelajari cara menggunakan mouse dengan betul.

 Mempelajari cara menggunakan papan kekunci dan menaip.

 Mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Office Word, Power Point

 Mempelajari cara membuat folder peribadi

 Mempelajari muat turun gambar, bunyi dari komputer ke telefon atau pendrive.

  Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI mengadakan kelas latihan bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT.

 -       PI mengajar cara untuk menggunakan email,google

 -       PI mengajar cara untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak

 -       Dengan menjadikan Pusat Internet Muzium Telegraf sebagi pusat pendidikan pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

 -       Memanfaatkan penggunaan kelengkapan ICT yang sedia ada.