Nama

: Mazlin Binti Mahamudin

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn Mazlin merupakan seorang usahawan yang mengusahakan jualan produk kesihatan, di bawah jenama “REDLife”.Perniagaan beliau dipasarkan melalui perjumpaan bersama pelanggan semasa megadakan taklimat berkenaan kesihatan disamping membuka gerai-gerai jualan produk beliau.

Pn Mazlin mula menjadi ahli Pusat Internet Muzium Telegraf pada Hari Terbuka 17/11/2018 dan mula aktif datang ke pusat internet bagi tujuan perniagaan, pembelajaran dan taklimat beliau.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibtan PI

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau mula melibatkan diri bersama Pusat Internet semenjak menjadi ahli dengan melibatkan diri dengan jualan produk beliau semasa Hari Bersama Komuniti. Selain itu beliau juga sering datang ke pusat internet bagi tujuan melaksanakan bengkel jualan REDLife, menghadiri kelas latihan komputer dan lain-lain. Beliau kini telah mempromosikan produknya menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti, Whatsapp, Instagram dan Facebook selain ke jabatan-jabatan kerajaan untuk tujuan taklimat kesihatan.

Melalui taklimat-taklmat kesihatan yang dilakukan  banyak membantu bagi mendapatkan ahli baru  untuk  produk beliau sejurus meningkatkan jualan dengan meluas dan dikenali oleh lebih ramai orang .

Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Melibatkan diri dengan booth dan jualan bersama pusat internet semasa hari terbuka.

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Myshop-Dashboard Komuniti, Facebook, Instagram & Whatsapp.

-       Mempelajari Ms. Office & Ms Excell bagi memudahkan pengiraan keuntungan dan analisis prospek.

-       Mempelajari teknik promosi melalui Myshop, Facebook, Instagram & Whatsapp.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu mempromosikan produk.

-       Menyediakan tempat bagi tujuan bengkel jualan kepada ahli REDLife yang lain.

 

 lin