Tarikh : 18 Oktober 2022
Masa : 9.30 am - 2.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Muzium Telegraf
Jumlah peserta : 22 orang

 

Tujuan 

Mendekatkan para usahawan Taiping dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan urusan lesen perniagaan para usahawan setempat.

   
Aktiviti 

Program bersama SSM ini bermula seawal 9.30 pagi bagi membolehkan para usahawan setempat untuk menyelesaikan masalah lesen perniagaan mereka seperti membuat akaun perniagaan baru, membayar denda, dan banyak lagi. Program ini juga dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Muzium untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka dengan cara yang lebih selamat dan terjamin. Selain itu peserta yang terlibat juga didedahkan dengan maklumat Klik dengan bijak oleh petugas PEDi supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan mereka pada masa akan datang.

Gambar Disini